CERAMAH KESIHATAN
CERAMAH PEMAKANAN SIHAT
Satu Majlis kesihatan, yang berkaitan menu atau pengambilan makanan yang sihat telah diadakan di Sekolah ini pada tarikh 20 Januari 2017, hari Jumaat. Sasaran program adalah kepada pelajar-pelajar tingkatan satu dan juga pelajar-pelajar tingkatan dua.
Progaram yang diadakan adalah anjuran Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Raub yang ingin mengadakan intervensi pemakanan bersempena “ Program Pemakanan Sihat Sekolah “ . Program berlangsung kira-kira dua jam bermula 8.00 pagi – 10.00 pagi.
Ceramah telah disampaikan oleh pegawai kesihatan Dong.
Ceramah telah disampaikan oleh pegawai kesihatan Dong.
Tujuaan ceramah ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan tentang pentingnya pengambilan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar sekolah, bagi menjamin peningkatan taraf kesihatan dan seterusnya secara langsung dapat juga mengurangkan masalah mainutrisi ( Susut/lebihan berat badan dan obesiti .
Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan lagi bagi menambah pengetahuan pelajar tentang pemakanan yang sihat, untuk menjamin kesihatan fizikal dan mental mereka. Minda yang sihat dapat membantu pelajar berjaya dan cemerlang dalam bidang pelajaran mereka serta sentiasa cergas untuk menjalani aktiviti dan program sekolah .
0 komen