Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

MAJLIS PERPISAHAN

                                                                                               MAJLIS PERPISAHAN 

 

SMAD pada hari ini merakam satu lagi detik sedih, dengan kepergian dua orang guru yang sangat berdedikasi di sekolah ini.  Majlis Perpisahan untuk kedua-duanya telah diadakan secara ringkas pada tarikh 12 Januari 2017 ( Khamis ).  Acara bermula pada pukul 3.50 PM dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

                Majlis dihadiri oleh Semua guru SMAD dan semua kakitangan.  Acara dimulai dengan bacaan doa, kemudian diikuti dengan ucapan wakil guru, ucapan Cikgu Asnawati Binti Jamaluddin, ucapan Ustazah Norumara Binti Ishak, Ucapan Tuan Pengetua Pn Siti Hasenah Binti Mohd Yusuf.

                Majlis diserikan dengan pemberian hadiah dan cenderahati kepada yang diraikan, daripada Kelab Guru dan Sekolah juga hadiah perseorangan dari kalangan guru-guru. Majlis kemudian disudahi dengan jamuan dan bersurai.

Pn Asnawati Binti Jamaluddin, telah berkhidmat di sekolah ini kira-kira lima tahun.  Beliau telah bertukar dan berkhidmat di tempat baru iaitu di Sekolah SMKA Penjom.  Manakala Ustazah Norumara Binti Ishak telah dilantik menjadi guru Dini di SABK Kuala Terengganu. 

                Dengan majlis ringkas yang diadakan diharap dapat terus mengukuhkan silaturrahim yang telah lama terjalin dan tersimpul erat di antara warga SMAD dan dua orang guru yang bertukar. Walaupun jauh beribu batu, harapan dan doa semoga sentiasa dekat di hati. �2W

Tag: perpisahan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini