Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

MAJLIS SUAIKENAL PELAJAR TINGKATAN SATU 2017

                                                                          SUAIKENAL PELAJAR TINGKATAN SATU 2017

Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang ke empat sessi persekolahan bagi sessi 2017. Sekolah telah mengadakan satu majlis suaikenal untuk pelajar-pelajar tingkatan satu. Tarikh program tersebut yang telah dirancang dan disusun serta dilaksanakan  pada 06 Januari 2017 ( Jumaat ).

                Acara tersebut diprogramkan bermula dari pukul 8.00 pagi – 12.00 tengahari. Program yang berlangsung kira-kira empat jam itu, telah diadakan di Dewan Utama SMA Dong .Selain semua pelajar tingkatan satu yang terlibat dalam majlis tersebut, semua guru mata pelajaran tingkatan satu turut sama di dalam majlis.

                Program dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu semasa di perhimpunan Rasmi Sekolah, iaitu lagu Asma Ul Husna, lagu Negeri, Lagu Negaraku dan juga lagu sekolah. Sessi ini dikelolakan oleh Badan Disiplin Sekolah dan Pengawas .  

                Pada pukul 10.00 pagi – 11.00 pagi unit Kurikulum Sekolah mengambil slot. Ucapan oleh Tn Hj Kamal bin Sahi selaku GPK Kurikulum SMA Dong. Acara kemudian disusuli dengan ucapan dari En Shoimi bin Ismail, GPK HEM sekolah ini.

                Acara yang dijalankan diharapkan dapat memberi infak positif kepada semua pelajar terutamanya pelajar-pelajar tingkatan satu. Semoga pelajar dapat membina jati diri yang kukuh untuk mencipta kejayaan demi kejayaan , selama mereka bergelar pelajar SMA Dong Raub. �2�~��

Tag: SUAIKENAL

0 komen

Sila berikan komen anda di sini