Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (H.I.P) 2019

13 Mac 2019, Rabu - Persatuan Bahasa Inggeris SMAD telah melaksanakan program Bahasa Inggeris yang dikenali sebagai Highly Immersive Programme (H.I.P) 2019. Program ini dijalankan dengan kerjasama pihak Brickfields Asia College (BAC). Program kali ini dirasmikan oleh wakil Timbalan Menteri Buruh dan Hal Ehwal Sosial Norway iaitu Encik Morten Bakke.

H.I.P program merupakan program yang diperkenalkan di bawah polisi MBMMBI untuk mempertingkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Selain itu juga, tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan dan menerapkan nilai positif dalam kalangan pelajar dalam mempelajari Bahasa Inggeris terutamanya dalam percakapan dalam kehidupan harian. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menarik minat pelajar. Dengan adanya program ini akan memberi kesan dan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar dalam mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris.

Tag: #HIP2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini