Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

MASISUPA ZON 4 KALI KE-35 2019

Tanggal 21 hingga 24 Febuari 2018 (Khamis - Ahad) berlangsungnya pertandingan Sukan dan  Ilmiah Peringkat Zon 4 di SMA Al Falah Batu Talam, Raub. Pertandingan kali ini melibatkan 6 buah sekolah iaitu SMA Al Ulum Addiniaah Dong,SMA Al Falah Batu Talam,SMA Al Maidah Padang Tengku,SMA Al Basariah Kuala Tembeling,SMA Majlis Ulu Cheka Dan SMA Rakyat Tanjung Besar.
 
 
          Pertandingan selama 4 hari itu berlangsung dengan lancarnya.Peserta  Ilmiah dari SMA Al Ulum Addiniah Dong mampu memberi persaingan yang hebat kepada sekolah lain. Ternyata  kehebatan peserta SMA Dong terserlah setelah berjaya meraih 11 pingat Emas, 8 Perak dan 8 gangsa sekaligus menjadi Johan dalam pertandingan Ilmiah pada tahun ini. Doakan peserta SMA Dong Berjaya diperingkat Pusat kelak.
 
 
          Manakala bagi acara sukan pula SMAD Berjaya mendapat tempat ke 4 dari 6 buah sekolah dengan pencapaian 3 emas, 4 perak dan 1 gangsa. Acara badminton telah menyumbangkan 2 emas dan bola tampar lelaki 1 emas.Tahniah dan syabas buat guru pembimbing dan atlet SMA Dong.
 
 
          Secara keseluruhannya SMA Dong telah mendapat Johan Keseluruhan Masisupa Zon 4 untuk kali ke-35 2019. Insyallah.Tahniah buat yang Berjaya….Yang tidak Berjaya usaha lagi tahun depan.Majulah Ilmiah SMAD….SMAD TERUS CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG 

Tag: #masisupa2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini