Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

KEJOHANAN MERENTAS DESA DAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMAD 2018

Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah telah diadakan di sekitar kawasan Kampung Pasir Bayam , Dong . Tujuan utama diadakan kejohanan ini adalah untuk membina kecergasan fizikal dan mental .  Bagi melahirkan pelajar yang cergas serta menggalakan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar sekolah ini .

                Kejohanan telah diadakan pada 11 Oktober 2018 ( Khamis ) . Bermula pada jam 7.40 pagi dan berakhir kira-kira 2 jam selepas waktu mula .  Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Unit Sukan SMA Dong .  Pertandingan telah dibahagikan kepada enam kategori iaitu lelaki A ( Ting 4&5 ) , lelaki B ( Ting 2&3 ) , lelaki C ( Ting 1 ) , Perempuan A  ( Ting 4&5 ) , Perempuan B ( Ting 2&3 ) , Perempuan C ( Ting 1 ) .  Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli rumah sukan serta diwajibkan bagi setiap pelajar .

Selesai sahaja acara merentas desa , semua pelajar berkumpul di dewan untuk Majlis Hari Anugerah Kokurikulum Tahun 2018 . Majlis bertujuan untuk memberi pengiktirafan kejayaan kepada pemenang-pemenang setiap pertandingan acara sukan dan ilmiah .  Adalah diharapkan penganugerahan seumpama ini dapat  menyuntik semangat kepada pelajar agar lebih bersaing di antara mereka .

Tag: MERENTASDESA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini