Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

KEM BAHASA ARAB




Program Kem Bahasa Arab telah dilaksanakan untuk memantapkan penguasaan dan pertuturan Bahasa Arab . di samping menyemai minat dan mempertingkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab .
            Program telah diadakan pada 05 Oktober 2018 hingga 07 Oktober 2018 . Antara matlamat program ialah Menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari Bahasa Arab , Melahirkan generasi yang berkebolehan, berkemahiran dalam Bahasa Arab dan mewujudkan persaingan secara sihat di kalangan pelajar di samping menambah pengetahuan khazanah kalimah Arab .
            Pelajar-pelajar tingkatan satu dan juga tingkatan 2 , yang merupakan kumpulan sasaran program , begitu berminat dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berjalan . Program telah dikendalikan sepenuhnya oleh Dr Hossam Attaallah Elsaeid Attallah , Encik Hany Mostafa Kamel Abdelnaser dan Encik Mohd Saifulbahry Bin Dolahsajat . Mereka merupakan guru-guru Bahasa Arab dari Pusat Bahasa kulliyah Al Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar , Pekan Pahang .
            Kem Bahasa Arab merupakan transformasi  baru yang diwujudkan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang penggunaan bahasa arab yang tidak hanya tertumpu  di dalam kelas sebaliknya ia bersifat universal dan boleh dituturkan oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja kita berada. Ia menekankan aspek hafazan kalimah Arab, kemahiran bertutur dan terjemahan dari bahasa sasaran ke bahasa ibunda.
 
            Diharap program ini akan memberi kesan dan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar dalam mempelajari dan menguasai Bahasa Arab. 
 

Tag: KEMBAHASAARAB

0 komen

Sila berikan komen anda di sini