SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
‘Cintai Malaysia ‘ tema hari Kemerdekaan pada tahun ini , merupakan sambutan yang ke 61 . Sambutan yang saban tahun disambut dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran oleh seluruh warga Malaysia . Justeru itu SMA Dong dalam usaha untuk menyemarakkan rasa kecintaan pelajar terhadap Negara , telah melaksanakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2018 .
Program telah diadakan pada tarikh 30 Ogos 2018 ( Khamis ) , bertempat di dewan Utama SMA Dong . Program telah bermula pada pukul 12.00 tengahari dan berlangsung kira-kira dua jam . Antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan melukis poster , Pertandingan Kuiz Kemerdekaan , Pertandinga Deklimasi Sajak . Acara Anugerah Fesyen Kemerdekaan , kusus untuk guru-guru dan staff juga telah menghiasi program Sambutan Kemerdekaan pada kali ini .
Diharapkan program yang telah dilakasanakan ini benar-benar dapat menyuntik rasa cintakan Negara dalam kalangan pelajar serta mampu meniup semangat kesyukuran dan perpaduan .