Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

‘Cintai Malaysia ‘ tema hari Kemerdekaan pada tahun ini , merupakan sambutan yang ke 61 . Sambutan yang saban tahun disambut dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran oleh seluruh warga Malaysia . Justeru itu SMA Dong dalam usaha untuk menyemarakkan rasa kecintaan pelajar terhadap Negara , telah melaksanakan  program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2018 .

                Program telah diadakan pada tarikh 30 Ogos 2018 ( Khamis ) , bertempat di dewan Utama SMA Dong . Program telah bermula pada pukul 12.00 tengahari dan berlangsung  kira-kira dua jam . Antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan melukis poster , Pertandingan Kuiz Kemerdekaan , Pertandinga Deklimasi Sajak .  Acara Anugerah Fesyen Kemerdekaan , kusus untuk guru-guru dan staff juga telah menghiasi program Sambutan Kemerdekaan pada kali ini .

                Diharapkan program yang telah dilakasanakan ini benar-benar dapat menyuntik rasa cintakan Negara dalam kalangan pelajar serta mampu meniup semangat kesyukuran dan perpaduan .

Tag: #cintaiMalaysia #bulanKemerdekaan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini