Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

CERAMAH NUZUL AL-QURAN

Pada tarikh 01 Jun 2018 ( Jumaat ) , sekolah telah mengadakan Program Ceramah Sempena Nuzul Al Quran . Bulan Ramadhan adalah merupakan bulan yang  penuh  keberkatan . Pada bulan yang mulia ini, Allah Taala mengurniakan pahala yang  berlipat kali ganda dan mereka yang melakukan ibadat dalam bulan ini akan mempunyai nilai yang besar.

Menyedari hakikat ini, maka program pengisian Ramadhan iaitu Majlis Sambutan Nuzul Al Quran telah dilaksanakan di sekolah untuk merealisasikan antara pendidikan ilmu dan akhlak berteraskan Al-Quran.

                Ceramah yang berlangsung selama satu jam itu, telah diadakan dalam bentuk forum oleh Ustaz Mohd Rushdi Bin Yaacob, Ustaz Mohd Nazli Bin Naaim dan Ustaz Aidil Yusri Bin Mohd Yusof . Barisan penceramah merupakan tenaga pengajar di SMA Dong Raub . Sasaran ceramah menumpu kepada Semua  pelajar  tingkatan satu hingga tingkatan lima .

                Antara objektif program ini adalah memupuk  kesedaran  dalam kalangan  pelajar  tentang kepentingan Al-Quran, melahirkan  generasi  yang  bertaqwa  dan  kasih  kepada  Al-Quran, mendidik  para  pelajar  supaya sentiasa mendampingi Al-Quran dan dibaca setiap hari .

Diharapkan program seperti ini dapat menambah kefahaman dan pengetahuan pelajar tentang Al Quran serta menambah minat dalam kalangan mereka untuk beramal dengan Kalam Allah ini .

Tag: #nuzulAlQuran2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini