Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2018 "ISLAM DAN SAINS"

26 Februari 2018, Isnin- SMA Dong Raub telah mengadakan minggu sains dan matematik yang dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik SMAD dengan bertemakan “Islam dan Sains”.

Perasmian minggu sains dan matematik telah diadakan di dataran SMAD dan dirasmikan oleh GPK Kokurikulum, Encik Mohd Fairuz bin Ab Kudus. Tujuan minggu sains dan matematik diadakan untuk menarik minat murid kepada subjek sains dan matematik dan mengcungkil kreativiti pelajar dalam mencipta inovasi sains. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pameran sains yang menunjukkan banya aktivit boleh dilakukan seperti air berjalan, CD bergerak, timbul dan tenggelam, volcano dan lain-lain. Selain itu juga, beberapa pertandingan telah diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar menunjukkan kreativiti mereka seperti pertandingan telur kebal, bangunan KLCC, pop kuiz dan drama sains. Terima kasih buat seluruh warga SMAD diatas kerjasama bagi menjayakan minggu sains dan matematik ini.Mudah-mudahan dengan adanya program ini pelajar kita mendapat input yang baik dan lebih tertarik untuk belajar Sains dan Matematik.

Sekian.

Tag: #MingguSainsMatematik2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini