Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

MASISUPA PERINGKAT ZON 4 KALI KE 34

Tanggal 9 hingga 12 Febuari 2018 ( Jumaat - Selasa) berlangsungnya pertandingan Sukan dan  Ilmiah Peringkat Zon 4 di SMA Al Basariah Kuala tembeling Jerantut. 

          Sma Al Ulum Addiniah telah diberi kepercayaan menjadi pengerusi Ilmiah pada kali ini.Sebanyak 18 acara dipertandingkan dengan 34 pingat emas direbut .Pertandingan kali ini melibatkan 6 buah sekolah iaitu SMA Al Ulum Addiniaah Dong,SMA Al Falah Batu Talam,SMA Al Maidah Padang Tengku,SMA Al Basariah Kuala Tembeling,SMA Majlis Ulu Cheka Dan SMA Rakyat Tanjung Besar.

          Pertandingan selama 2 hari itu berlangsung dengan lancarnya.Peserta  Ilmiah dari SMA Al Ulum Addiniah Dong mampu memberi persaingan yang hebat kepada sekolah lain. Ternyata  kehebatan peserta SMA Dong terserlah setelah Berjaya meraih 10 pingat Emas 10 perak dan 9 gangsa sekaligus menjadi Naib Johan daalm pertandingan Ilmiah pada tahun ini.Acara Tilawah Al Quran meupakan acara yang paling banyak menyumbangkan pingat emas.Tahniah dan Syabas kepada guru pembimbing dan peserta..Tidak lupa juga acara Tafsir Al quran,Kuiz B.inggeris,Syarahan B.Arab Lelaki,Tahfiz Al Quran Rendah (P)dan Kitabatul Maqal tahniah!!!Doakan peserta  SMA Dong Berjaya diperingkat Pusat kelak

          Manakala bagi acara sukan pula SMAD Berjaya mendapat tempat ke 4 dari 6 buah sekolah dengan pencapaian 3 emas,4 perak dan 1 gangsa.Acara badminton telah menyumbangkan 2 emas dan bola tampar lelaki 1 emas.Tahniah dan syabas buat guru pembimbing dan atlet SMA Dong.

          Secara keseluruhannya SMA Dong tetap unggul dengan mendapat tempat ke 3 dengan pungutan 13 pingat emas…14 perak dan 10 gangsa.Semoga pungutan pingat ini akan terus bertambah pada MASISUPA ZON 4 2019..Insyallah.Tahniah buat yang Berjaya….Yang tidak Berjaya usaha lagi tahun depan.Majulah Ilmiah SMAD….SMAD TERUS CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG 

Tag: #MASISUPA2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini