Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

CERAMAH MOTIVASI 2018



SMA Dong Raub Pahang, pada tarikh 12 Februari 2018 ( Isnin ) telah diadakan satu program Motivasi yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMA Dong .

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Zulhilmi Bin Zainuddin Kaunselor Daerah Raub, dari SMK Dato Shahbandar Hussain Raub Pahang . Kumpulan sasar adalah semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima . Ceramah motivasi yang bertajuk “ Kecemerlangan Sahsiah “, ini telah berlangsung kira-kira dua jam bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi .

Rumusan penting yang dinyatakan oleh penceramah di dalam ucapan beliau ialah “ Cemerlang atau tidak cemerlang adalah pilihan sendiri “. Beliau turut menasihatkan pelajar-pelajar agar mensyukuri nikmat-nikmat kurniaan Allah seperti hati , mata dan telinga , sebagai sumber kekuatan untuk membina kejayaan di masa hadapan .

Adalah menjadi harapan sekolah, agar dengan program yang telah dilaksanakan ini pelajar dapat menggaris dan menyusun hala tuju mereka dalam pelajaran serta menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat .

Tag: motivasi2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini