Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI 2018

Isnin, 22 Januari 2018 - Sekolah Menengah Agama Al- Ulum Addiniah, Dong  dengan kerjasama Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Al- Ulum Addiniah , Dong telah mengadakan program ceramah motivasi kepada pelajar Tingkatan Empat dan Lima seramai 125 orang pelajar bertempat di Dewan Utama SMA Al-Ulum Addiniah, Dong. Ceramah motivasi ini disampaikan oleh Dr. Muhammad Ikhlas bin Rosele, Pensyarah Kanan Jabatan Usul Fiqh, Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan salah seorang Alumni SMA Al-Ulum Addiniah, Dong. Sepanjang program dijalankan banyak perkongsian mengenai kerjaya dan teknik untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Selain itu juga, pelbagai nasihat diberikan kepada pelajar Tingkatan Empat dan Lima. 

Badrul Amin bin Abdul Aziz

Tag: motivasi2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini