Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

HARI PUTERI SMA DONG 2017

         Pergerakan Puteri Islam Malaysia ( PPIM ) SMA Dong Raub, telah mengadakan satu program iaitu Program Hari Puteri Peringkat Sekolah.  Program telah dilaksanakan pada tarikh 18 November 2017 ( Sabtu ) dan bertempat di SMA Dong Raub.  Acara tahunan ini telah bermula pada pukul 8.00 Pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

                Acara ini merupakan satu acara yang boleh merapatkan silaturahim bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli puteri malah melibatkan anggota masyarakat yang lain disamping mencungkil bakat ahli Puteri PPIM .

                Peserta terdiri daripada ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia ( PPIM ) SMA Dong yang telah mendaftar dan menjelaskan yuran keahlian .  Karnival Puteri ini merupaka satu karnival yang menggabungkan pelbagai disamping merapatkan ukhuwah bukan sahaja dalam kalangan ahli Puteri tetapi juga masyarakat luar .

Antara objektif yang dihasratkan melalai program ini ialah memberi dorongan kepada ahli PPIM agar dapat menghargai, menjiwai nilai-nilai murni dan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

Pelbagai pertandingan telah dijalankan, yang bertujuaan melihat dan mencungkil bakat-bakat serta kemahiran ahli PPIM yang terlibat . Antara pertandingan tersebut ialah Menulis Khat, Memasak ( Main Course ), Memasak ( Dessert tanpa api ), Gubahan, Jahitan dan juga kraftangan.

Program yang meriah dan sangat bermakna kepada ahli PPIM SMA Dong ini diharapkan dapat diadakan setiap tahun, dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik lagi .

 

Tag: hariputerismadong2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini