Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

MAJLIS RESTU ILMU SMA 2017




         Pada tarikh 12 Oktober 2017 (Khamis) jam 8.30pagi,Majlis Restu Ilmu SMA 2017 telah diadakan di Surau SMAD.Program ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan secara formal sejak 6 tahun lalu.Antara objektif program ini adalah untuk menyuntik semangat pelajar disaat-saat akhir menjelang dan merestui segala ilmu yang telah dicurahkan agar pelajar  dapat menjawab soalan dengan tenang.Majlis di dahului dengan ucapan wakil pelajar,wakil guru dan guru Penolong Kanan Kurikulum.Seterusnya penyerahan slip peperiksaan dan alat tulis kepada semua pelajar SMA 2017.Majlis berakhir dengan majlis salam bersalaman antara guru dengan pelajar.

Laporan dari
Heldawati Zulkefly
Setiausaha Peperiksaan SMA 2017
 ٜ

Tag: MAJLISRESTUILMUSMA2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini