Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

PROGRAM LONJAKAN GEMILANG

      Pada tarikh 29 Sept hingga 1 Oktober 2017 bersamaan hari Jumaat hingga Isnin ,seramai 68 pelajar tingkatan 4 dan 10 orang guru Sekolah Menangah Agama Dong  telah dibawa ke MS CHEMERKAU Hulu Dong Raub bagi mengikuti Program Kecemerlangan anjuran PIBG DAN sekolah. Progam  tahunan ini bertujuan memantapkan pembelajaran dan merehatkan minda pelajar  di luar sekolah.

Sepanjang 3 hari 2 malam ,pelajar didedahkan dengan teknik teknik menjawab dan latih tubi dan diselit program kerohanian seperti  Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh.Semoga semua pelajar dapat memanfaatkan  program yang telah diatur dan meraih kejayaan yang cemerlang dan gemilang dalm peperiksaan Sijil Menengah Agama 2017.Moga Mumtaz milik mereka.

Laporan dari
Heldawati Zulkefly
Setiausaha Peperiksaan SMA 2017
 
OLEH : HELDAWATI BT ZULKIFLY

Tag: Lonjakangemilangsma

0 komen

Sila berikan komen anda di sini