HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1
Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi Sesi Persekolahan 2017 telah berjalan dengan jayanya pada 22 Disember 2016 (Khamis). Seramai 63 orang pelajar baru telah mendaftar di SMA Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang. Pendaftaran yang bermula seawal jam 8.30 pagi, telah diadakan di dewan an-Najah. Sesi pendaftaran telah berjalan dengan lancar dan baik serta pendaftaran telah berakhir pada jam 12.30 tengahari.Terima kasih diucapkan di atas kehadiran para ibu bapa/penjaga dan selamat datang diucapkan...
CERAMAH JPJ
Isnin-21 November 2016, pada jam 11.00 pagi di dewan an-Najah Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam semua pelajar diberi ceramah mengenai keselamatan jalanraya dan undang-undang yang berkaitan dengannya. Ceramah tersebut disampaikan oleh seorang pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) , Muadzam Shah iaitu Encik Wan Ariff Ismail. Pelajar diberi pendedahan tentang kaedah yang betul menunggang basikal dan motosikal dan juga ciri-ciri keselamatan dan...