PROGRAM BAHASA MELAYU BERSAMA DBP
SMA BUKIT IBAM - Satu program Bahasa Melayu telah diadakan di sekolah untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5. Banyak maklumat yang dikongsikan bersama penceramah sepanjang program ini dijalankan. Semoga ianya memberi manfaat kepada pelajar-pelajar SMABI.
UJIAN SYAFAWI AL-QURAN
Ujian Syafawi Al-Quran untuk peperiksaan SMA telah semalam. Pelajar-pelajar tingkatan 4 telah dikuarantinkan di dalam Bilik Gerakan Pengawas dan ujian dijalankan dalam Bilik Mesyuarat dan Bilik Komputer. Semoga semua calon akan dapat menjawab dengan baik dalam ujian ini.
LAWATAN PEMERIKSAAN KANTIN & DEWAN MAKAN
SMA BUKIT IBAM - 4 September 2019, pasukan pemantau yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Kesihatan daerah Rompin, hadir membuat pemeriksaan siri kedua ke atas Kantin dan Dewan Makan. Walaupun kehadiran pasukan ini dalam keadaan mengejut, pihak sekolah termasuk pihak pengendali Kantin dan Dewan Makan sememangnya telah bersedia menerima kehadirannya pada bila-bila masa. Biarpun tidak mengetahui tarikh pemeriksaan tersebut apa yang terpamer dan tersedia di Kantin dan Dewan...
SAMBUTAN KEMBARA SEMARAK
SMA BUKIT IBAM - Baru-baru ini, Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam telah dijemput untuk menyertai Sambutan Kembara Semarak Peringkat Daerah Rompin 2019 yang berlangsung meriah di Dewan Ibam. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya saringan kesihatan oleh klinik kesihatan Bukit Ibam, penyampaian Jalur Gemilang kepada Jabatan/sekolah/Agensi, penyampaian cedera hadiah Pakaian Terbaik.
Diharapkan program seperti ini dapat mengukuhkan perasaan cintakan negara dan memupuk daya juang dalam kalangan...
Diharapkan program seperti ini dapat mengukuhkan perasaan cintakan negara dan memupuk daya juang dalam kalangan...