LAWATAN KERJA KE MUADZAM

SMA BUKIT IBAM - Satu lawatan Kerja  YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Pelajaran & Kesihatan Negeri Pahang di Muadzam Shah hari ini. Lawatan Kerja turut disertai YH. Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YB. Datin Shamsiah Arshad, ADUN Bukit Ibam, YB. Ir. Razali Kassim, ADUN Muadzam Shah, Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Pemimpin-pemimpin setempat, Pegawai Kanan JAIP & Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Program bermula dengan sesi Ramah Mesra bersama warga Sekolah Menengah Agama (SMA) Bukit Ibam. Dalam ucapannya, YB. Dato’ Sri turut menyampaikan ceramah ringkas kepada pelajar-pelajar SMABI termasuk menzahirkan kewujudan KUIPSAS sebagai Institusi Pengajian Tinggi Islam di Negeri Pahang yang menjadi pusat pengajian untuk melahirkan ulama, cendikiawan dan profesional pada masa hadapan. Beliau turut menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Tag: lawatan