
PENYAMPAIAN MEDAL MSSP
SMA BUKIT IBAM – Baru-baru ini telah berlangsung perlawanan bola sepak peringkat MSSP di Raub, Pahang. Seramai 5 orang pelajar dari SMA Bukit Ibam telah terpilih untuk mewakili daerah Rompin ke kejohanan tersebut. Daerah Rompin telah berjaya meraih tempat ketiga pada kejohanan kali ini.