MAJLIS MAKAN MALAM GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH 2018

Pihak SMA Bukit Ibam telah menganjurkan Majlis Makan Malam untuk guru-guru dan kakitangan sekolah bagi menghargai merekan yang telah bertungkus lumus menjalankan kerja sepanjang tahun. Turut dijemput ialah semua ahli keluarga guru-guru dan kakitangan sekolah, AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) san keluarga serta penyumbang-penyumbang yang telah menyumbangkan hadiah bagi cabutan bertuah pada malam itu. Sepanjang program berlangsung, hadirin dihiburkan dengan persembahan dari guru dan cabutan bertuah. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi bagi mengeratkan silaturrahim dan ukhuwwah sesama kita.

Tag: makan