CERAMAH JPJ

Isnin-21 November 2016,  pada jam 11.00 pagi di dewan an-Najah Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam semua pelajar diberi ceramah mengenai keselamatan jalanraya dan undang-undang  yang berkaitan dengannya. Ceramah tersebut disampaikan oleh seorang pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia  (JPJ) , Muadzam Shah  iaitu Encik Wan Ariff Ismail. Pelajar diberi pendedahan tentang kaedah yang betul menunggang basikal dan motosikal dan juga ciri-ciri keselamatan dan tanggungjawab pejalan kaki .Tayangan slaid dan keratan berita akhbar banyak memberi mesej positif kepada pelajar dan guru . Banyak perkongsian tentang pelbagai perkara yang sering berlaku di jalan raya seperti kemalangan jalan raya dan punca-puncanya diberikan oleh beliau. Diharapkan ceramah seperti ini dapat diadakan setiap tahun bagi memberi input yang terkini kepada semua pelajar dan warga SMA Bukit Ibam. 

Tag: JPJ sma bukit ibam