BENGKEL TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN SMA & PRA STAM

Pada 1 Mac 2018 yang lalu, SMA Bukit Ibam telah mengadakan sebuah Bengkel Smart Hafazan khusus kepada para pelajar dari tingkatan empat dan lima. Seramai 132 orang pelajar telah menghadiri bengkel yang disampaikan oleh pihak Pengurusan Latihan Dan Bimbingan Motivasi iaitu Ustaz Mohd Hasdi bin Mohamed al-Hafiz.. 

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan teknik-teknik hafazan di kalangan pelajar. Di samping itu juga, bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar di sekolah agama yang memang menitikberatkan hafazan al-Quran. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru dan para pelajar dalam membantu mereka mengendalikan kelas hafazan dengan lebih berkesan dan mantap. 

Tag: bengkel hafazan