KEM IBADAH TINGKATAN 1

Februari 12, 2018 , AJK Kerohanian Asrama dibawah unit HEM SMA Bukit Ibam dengan kerjasama Alumni 2009-2016, telah menganjurkan Kem Ibadah bagi membentuk anak yang bersahsiah tinggi dan soleh bagi melengkapkan kemahiran hidup di dunia serta di akhirat.

Guru Penolong Kanan HEM, Encik Ahmad Zamzamin bin Mohamed Mohidin berkata, program berlandaskan ibadah dan sahsiah ini dapat melengkapi 112 peserta yang terdiri daripada pelajar yang berusia 13 tahun dengan keperibadian yang terpuji di samping menjadi personaliti yang berwibawa dan matang.

“Selepas tamat mengikuti kem ini, sahsiah dan rohani peserta dilengkapi dengan iman, ilmu, takwa dan amal ibadah serta berperibadi yang mulia,” katanya ketika ditemui selepas tamat kem tiga hari dua malam itu di Kem PLKN Tasik Chini, baru-baru ini.

Sepanjang kem itu, peserta mengikuti pelbagai aktiviti antaranya motivasi, kuliah agama, zikir, senaman dan aktiviti ber­kumpulan. Selain mendapat pengalaman yang bermanfaat, peserta juga berpeluang memperoleh ilmu yang berfaedah untuk diri, keluarga serta agama.


 
 

Tag: ibadah