GOTONG ROYONG PERDANA
Rabu, 23 Januari 2018. – Ahli Jawatankuasa 4K di bawah Unit Kurikulum SMA Bukit IBam, buat pertama kalinya telah mengadakan program Gotong-Royong Perdana untuk membersihkan kawasan sekolah.
Program gotong-royong ini adalah salah satu langkah dominan pihak sekolah, untuk menceriakan kawasan sekolah agar setiap pelajar berasa selesa dengan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria. Disamping memberikan keselesaan kepada murid-murid dan warga sekolah, ia juga akan menjanjikan persekitaran yang selamat ketika menjalani aktiviti harian dan memudahkan pihak pentadbiran sekolah membuat pemantauan keselamatan di kawasan persekitaran sekolah.
Program Gotong-Royong Perdana ini diadakan bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, segala kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah.
Kerja-kerja pembersihan yang telah dijalankan di kawasan sekolah adalah seperti memotong rumput, membuang kayu-kayu, membersihkan longkang sekolah, padang sekolah dan kawasan-kawasan persekitarannya. Di samping itu, kempen kebersihan ini juga telah dapat mengukuhkan silaturahim di antara warga sekolah.