PROGRAM PASCA PEPERIKSAAN

Setiap tahun pihak Sekolah Menengah Agama Buki Ibam  akan merancang pelbagai aktiviti untuk pelajar-pelajar selepas Peperiksaan Akhir Tahun. Aktiviti-aktiviti yang dirancang saban tahun adalah untuk mengisi masa pelajar-pelajar selepas Peperiksaan Akhir Tahun. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian dan kemampuan pelajar. Antara aktiviti yang sering kali dilaksanakan ialah aktiviti keceriaan sekolah, permainan dan pertandingan. Selain itu, ada juga aktiviti yang berbentuk keagamaan serta kerohanian sesuai dengan usia pelajar yang meningkat remaja. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengisi masa selepas peperiksaan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menyemai rasa sayangkan sekolah dan semangat ingin belajar.
 
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang bersama-sama memberi komitmen dari segi tenaga bagi menjayakan program ini. Program ini adalah bertujuan memenuhi jadual waktu pelajar dengan aktiviti yang berfaedah merangkumi semua aspek pendidikan bagi membentuk murid yang mempunyai jati diri dan mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual. Harapan supaya program ini dapat dilaksanakan lagi dengan jayanya pada masa akan datang.

Tag: pasca program