MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG DALAM UJIAN PENILAIAN TAHAP 1 (UPT1)

27 April 2026
Dataran Siti Khadijah, SMA Bukit Ibam


Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang Ujian Penilaian Tahap 1 telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Siti Khadijah pada jam 8.00 pagi dengan kehadiran warga sekolah.

Majlis ini diadakan bagi menghargai usaha dan pencapaian pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam ujian serta sebagai motivasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Pelbagai pengisian telah diadakan termasuk ucapan perasmian dan penyampaian sijil penghargaan kepada para pelajar cemerlang. Suasana majlis berlangsung dengan penuh semangat dan rasa bangga dalam kalangan penerima anugerah.

Diharapkan program seperti ini dapat menyuntik semangat kepada pelajar untuk terus berusaha dan mengekalkan kecemerlangan dalam akademik pada masa akan datang.

Tag: #smabi2026 #upt1