PROGRAM KEPIMPINAN GENERASI MADANI (PKGM) 2026
9 April 2026
Akademi Kejurulatihan Negara, Bukit Sagu
Program Kepimpinan Generasi MADANI (PKGM) 2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam usaha melahirkan generasi muda yang berdaya kepimpinan tinggi dan berintegriti.

Program ini menghimpunkan pelajar dari pelbagai sekolah dengan pengisian aktiviti berfokuskan pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi serta semangat kerja berpasukan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk ceramah kepimpinan, latihan dalam kumpulan dan aktiviti luar yang mencabar.
Menurut pihak penganjur, PKGM 2026 merupakan platform penting dalam membentuk jati diri pelajar selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai integriti, hormat dan kesejahteraan.
Peserta menunjukkan komitmen tinggi sepanjang program dan berjaya menonjolkan potensi kepimpinan masing-masing.
Diharapkan program ini dapat melahirkan pemimpin muda yang berwawasan, berakhlak mulia serta mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta.