SEKOLAH KEMBALI MERIAH! MURID MELANGKAH MASUK DENGAN AZAM BAHARU

12 Januari 2026
Dewan Al-Falah, SMA Bukit Ibam

Hari pertama persekolahan berlangsung dengan lancar dan teratur. Murid-murid hadir awal ke sekolah dengan berpakaian kemas serta mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sesi dimulakan dengan perhimpunan pagi, diikuti ucapan pengetua serta pengenalan guru-guru. Suasana ceria dan penuh semangat jelas kelihatan apabila murid-murid memulakan sesi pembelajaran dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang baharu.

Semoga semangat ini berterusan sepanjang tahun persekolahan.

Tag: #haripertamapersekolahan #smabi2026