KEM PERKHEMAHAN TAHUNAN PERINGKAT KEBANGSAAN PKBM (U) 2025

26 September 2025
Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan

Tahniah diucapkan kepada para pelajar SMA Bukit Ibam yang telah terpilih dan berjaya menyertai Kem Perkhemahan Tahunan Peringkat Kebangsaan PKBM (U) di Sendayan selama satu minggu.

Penyertaan ini bukan sahaja menjadi ruang menimba pengalaman baharu, malah medan membina jati diri, meningkatkan disiplin, semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan pelajar. 

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan, sekaligus mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.
 
“Berilmu, Beramal, Bertaqwa” 
SMA Bukit Ibam

Tag: #pkmb(u)2025 #smabi2025