KARNIVAL KO FALAK SMAN SIRI 4_2025

14 Ogos 2025
SMA Bukit Ibam, Muadzam Shah

Karnival Ko-Falak peringkat sekolah agama negeri Perak telah berlangsung dengan meriah di SMA Bukit Ibam. Program anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang dengan kerjasama SMA Bukit Ibam ini menghimpunkan pelajar-pelajar  bagi mengasah minat dan bakat dalam bidang falak syarie.

Karnival ini bertujuan mendidik generasi muda tentang kepentingan ilmu falak dalam kehidupan seharian serta membina minat terhadap sains Islam. Ia juga menjadi platform untuk memupuk jati diri pelajar terhadap warisan ilmu astronomi Islam yang semakin dilupakan. Sambutan para peserta amat menggalakkan dan program ini dijangka diteruskan pada tahun hadapan di lokasi yang berbeza.

Tag: #kofalak #smabi2025 #sekolahkitatanggungjawabkita