FENOMENA ISTIWA' ADZAM
14 Julai 2025
Dataran Siti Khadijah, SMA Bukit Ibam
Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam telah mengadakan program pendidikan sempena fenomena Istiwa’ A’dzam, di mana murid-murid diberi pendedahan tentang cara menyemak arah kiblat menggunakan bayang-bayang ketika matahari berada tepat di atas Kaabah.

Program ini dijalankan pada jam 4 petang dengan bimbingan guru Ko - Falak. Murid-murid turut melakukan aktiviti praktikal di Dataran Siti Khadijah menggunakan objek tegak dan penanda bayang.
Tujuan program ini adalah untuk menerapkan ilmu falak dan kefahaman tentang arah kiblat dalam kalangan pelajar secara amali.