PELANCARAN 4K SMABI 2025

7 Julai 2025
Dataran Siti Khadijah, SMA Bukit Ibam

Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam hari ini melakar sejarah tersendiri dengan pelancaran rasmi Program 4K yang membawa pendekatan baharu dalam membentuk sahsiah pelajar melalui nilai Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan dan Kerohanian.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Pengetua SMA Bukit Ibam, Ustazah Rohaidah Binti Ismail, di Dataran Siti Khajidah, SMA Bukit Ibam. Dalam ucapan perasmiannya, Ustazah Rohaidah Binti Ismail menegaskan bahawa pelaksanaan program ini bertujuan menerapkan budaya positif dalam kalangan pelajar dan warga sekolah secara menyeluruh.

Program 4K dijangka akan dilaksanakan secara berfasa sepanjang tahun 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif sekolah ke arah pembangunan insan seimbang dan holistik.

Tag: #pelancaran4k #smabi2025 #sekolahkitatanggungjawabkita