MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2024 SMA BUKIT IBAM
26 Jun 2025
Dewan Al - Falah, SMA Bukit Ibam
Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2024 bagi meraikan pencapaian cemerlang para pelajar dalam bidang akademik. Majlis ini bertujuan memberi penghargaan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam peperiksaan dalaman serta peperiksaan awam seperti SPM dan SMA. Penyampaian sijil, hadiah dan trofi disampaikan oleh Pengetua sekolah dan wakil PIBG sebagai tanda sokongan atas usaha gigih para pelajar. Antara kategori anugerah yang diberikan termasuk Pelajar Terbaik Mengikut Tingkatan dan Anugerah Pencapaian Cemerlang SPM/STAM

Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar serta tayangan montaj perjalanan akademik tahun semasa. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, ibu bapa dan pelajar atas komitmen berterusan dalam menjulang kecemerlangan pendidikan.