KEM KEPIMPINAN SMABI 2025

22 Jun 2025
As - Sakinah House Garden, Cherok Paloh, Kuantan

Kem Kepimpinan 2025 anjuran Unit Hal Ehwal Murid SMA Bukit Ibam telah berlangsung dengan jayanya pada 21 hingga 22 Jun 2025 bertempat di As - Sakinah House Garden, Cherok Paloh, Kuantan. Seramai 80 pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber telah menyertai kem ini. 

Antara objektif utama program ini adalah untuk memupuk nilai kepimpinan, meningkatkan keyakinan diri dan membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang. Aktiviti-aktiviti seperti latihan dalam kumpulan (LDK), ceramah motivasi, serta aktiviti lasak seperti jungle trekking telah dijalankan bagi menguji semangat kerjasama dan ketahanan mental peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Kem Kepimpinan SMABI 2025.

Tag: #kemkepimpinan2025 #smabi2025 #sekolahkitatanggungjawabkita