SELAMAT HARI GURU 2025

16 Mei 2025
SMA Bukit Ibam, Muadzam Shah


Sempena sambutan Hari Guru 16 Mei 2025, seluruh warga Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga pendidik, sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara.
Tema Hari Guru tahun ini, “Guru Jauhari Digital: Pembina Generasi Madani” amat bertepatan dengan peranan guru masa kini. Kami di SMA Bukit Ibam amat menghargai dedikasi guru-guru yang terus komited dalam apa jua keadaan sama ada di bilik darjah, secara maya, mahupun dalam aktiviti kokurikulum.

SELAMAT HARI GURU
Terima kasih, cikgu. Jasamu dikenang sepanjang hayat.

Pentadbir & Warga Sekolah
Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam
16 Mei 2025

Tag: #hariguru #guruinspirasi #reformasipendidikan #smabi2025 #sekolahkitatanggungjawabkita