LIBRARIAN AI SMART SHARING
UNITEN, 20 November – Sekumpulan pelajar dari SMA Bukit Ibam telah dijemput untuk menghadiri Program “Librarian AI Smart Sharing” ke Pusat Sumber Informasi, Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengawas pusat sumber sekolah berkenaan dengan satu sistem pembangunan atas talian yang mengaplikasikan teknologi terkini dan konsep “Mastery Learning” untuk meningkatkan prestasi pelajar. Mereka juga didedahkan dengan bidang kepustakawanan dan cabaran bidang ini dalam menyokong teknologi seiring peredaran masa kini.
Lawatan yang disertai oleh 10 pelajar dan 2 guru pengiring itu bermula pada jam 8 pagi. Mereka disambut oleh kakitangan pusat sumber yang memberikan taklimat ringkas tentang kemudahan dan koleksi bahan bacaan yang tersedia.