HARI GURU 2017

16 Mei - Selasa

Satu majlis sederhana tetapi meriah telah diadakan di Dewan Makan Utama, untuk menjayakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.  Sambutan itu telah dirasmikan oleh Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad,  Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang.  Majlis turut dihadiri oleh kira-kira 40 orang guru dan kakitangan serta dibantu dengan penglibatan aktif para pelajar sekolah.

Majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan wakil pelajar, wakil guru dan Puan Pengetua, dan dirasmikan dengan ucapan Ustaz Abu Bakar selalu wakil dari Jabatan Agama Islam Pahang.  Majlis diselangi dengan jamuan makan, pemberian cenderahati, cabutan bertuah , persembahan para pelajar dan berakhir kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Tag: HARI GURU 2017 al wosto