PROGRAM SULUH BUDI

SMA AL WOSTO, 12 JANUARI, 2018


SULUH BUDI
' Solat Senjata Kami, Al Quran Teman Kami'


Satu taklimat khas telah diadakan untuk menjayakan Program Suluh Budi di Bilik Mesyuarat, SMA Al Wosto, jam 3 petang.  

Program ini akan dilaksanakan bermula pada bulan Februari, bertujuan untuk membentuk biah solehah di kalangan warga Al Wosto khasnya di kalangan para pelajar. Program ini berteraskan pengukuhan perlaksanaan solat dan bacaan Al Quran secara bersepadu dan terancang.

Program yang dicetuskan oleh Puan Pengetua ini diharapkan dapat mengukuhkan perlaksanaan ibadah solat dan penerapan sikap cintakan Al-Quran melalui pembacaan yang terancang di kalangan pelajar, pendidik serta warga Al Wosto. 

Diharapkan juga, usaha murni ini dapat membentuk jati diri muslim dan akan melahirkan impak positif seterusnya meningkatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan pekerjaan.

-admin-

Tag: suluh budi