Al Fatihah...
Pada 8 Oktober, kira-kira jam 7.40 malam, menyaksikan pemergian allahyarham Ustaz Wan Ishak Wan Ismail pulang ke rahmatullah menemui penciptanya.
Allahyarham merupakan tenaga pengajar yang telah berkhidmat di sekolah ini sebagai Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum yang amat berdedikasi. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang amat besar buat kami di sini.
Keperibadiannya sangat indah. Seorang 'ayah' yang tidak pernah lekang dalam menasihati anak-anak didiknya. Tujuannya hanya satu, untuk mempastikan anak-anak Al Wosto menjadi manusia yang elok akhlaknya dan baik budi pekertinya. Allahyarham juga sangat menyantuni rakan sekerja walaupun yang jauh lebih muda darinya. Ilmu agama yang ada pada dirinya senantiasa dijadikan tempat rujukan jika ada masalah yang ingin diselesaikan.
Begitulah sifat sebenar seorang pendidik yang wujud dalam allahyarham. Bibirnya, tidak pernah lekang memberi senyuman walaupun kesihatannya tidak dalam kondisi yang baik. Ilmunya, tidak lokek bahkan sering dikongsi tanpa dipinta. Sesungguhnya, budi pekertinya sangat elok di mata semua yang pernah berada di sisinya.
Pemergian allahyarham benar-benar meninggalkan kesan di hati semua warga Al Wosto . Tazkirah, kisah-kisah agama dan pengalaman hidup yang pernah dikongsi pasti akan dirindui kami. Insha Allah, semua ilmu agama yang disampaikan akan menjadi bekalan untuk allahyarham menemui penciptanya yang agung.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Elok hubungan dengan manusia, maka eloklah hubungan dengan Rabbul Izzati. Semoga akhlak dan budi baik allahyarham dapat dicontohi setiap diri dari kami.
Doa kami, semoga allahyarham ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Amin...
~ mar ~