KEM PENINGKATAN JATI DIRI PELAJAR SMA DAN SPM
SMAKT, SELASA / 09 JULAI 2024 / 03 MUHARAM 1446H.
Kem Peningkatan Jati Diri Pelajar SMA Dan SPM anjuran Unit Kurikulum SMAKT yang telah berlangsung di Perkampungan Ikhtiar Hidup, Kem Batu 5 Mentakab selama 2 hari bermula 05 hingga 06 Julai 2024 (Jumaat dan Sabtu).
Seramai 45 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dan 5 terpilih untuk menyertai program ini. Mereka juga telah diiringi oleh Cikgu Thoha bin Jamal, Cikgu Muhammad Yusainy bin Mohamad Yunus dan Ustaz Aimanuddin bin Nasaruldin.
Matlamat utama kem ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi dan mempunyai nilai jati diri serta dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
Besarlah harapan semoga pelajar-pelajar ini dapat menyemai dan membentuk peribadi dan nilai positif kearah kecemerlangan diri di masa akan mendatang InsyaAllah.