LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE NEGERI PERAK

Seramai 42 orang pelajar tingkatan dua bersama 2 orang guru pengiring dari sekolah ini telah menyertai Lawatan Sambil Belajar Ke Negeri Perak pada 21 hingga 22 September 2019 yang lalu. Lawatan ini telah dilaksanakan selama dua hari 1 malam..

 Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan kepada para pelajar mengenai tempat-tempat yang bersejarah di Negeri Perak. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk melhat secara dekat tempat yang menarik dan bersejarah.
 
Tempat yang dilawati antaranya Zoo Taiping, Muzium Taiping, Pusat Pembuatan Labu Sayong dan lain-lain. Diharapkan semoga program lawatan sambil belajar ini akan membuka minda para pelajar dan seterusnya memberi impak yang besar dalam diri mereka.

Tag: 2019 Aktiviti