BENGKEL PEMANTAPAN TINGKATAN 5 MATA PELAJARAN SEJARAH
14 Julai 2019 (Ahad) bersamaan 11 Zulkaedah 1440H: Panitia Sejarah telah berjaya menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Kertas 1 dan 3 Sejarah kepada 174 orang pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Al-Abqari SMAKT. Penceramah jemputan untuk bengkel ini ialah Cikgu Ismail bin Saidi dari SMK Bukit Damar.
Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk mempelajari teknik menjawab kertas 1 dan kertas 3 mata pelajaran sejarah. Manakala aktiviti yang telah dijalankan ialah menjawab dan membincangkan kertas peperiksaan SPM tahun 2018.
Turut hadir pada hari tersebut ialah Cikgu Nurul Shahida bt Ahmad, Cikgu Kamaruzaman bin Abdullah dan Cikgu Mohd Hanafiah bin Hasan Basri selaku guru mata pelajaran sejarah tingkatan 5.