PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR TINGKATAN 4, 5 & 6

12 Januari 2019, Sabtu: Satu Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar dibawah anjuran Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya diadakan pada malam Sabtu yang lalu. Majlis telah bermula seawal jam 8 malam dan bertempat di Dewan Al-Abqori SMAKT. Sasaran utama program ini adalah kepada semua pelajar tingkatan 4, 5 dan 6.   

Program ini dibahagikan kepada 2 fasa, iaitu kecemerlangan dan motivasi. Ini kerana golongan pelajar sentiasa perlu diberikan motivasi, khususnya tentang kesedaran betapa pentingnya mereka belajar bersungguh-sugguh untuk mencapai cita-cita dan matlamat hidup agar mereka akan menjadi insan yang berguna kelak.

Selain itu program ini juga bertujuan untuk memupuk nilai-nilai yang positif dalam diri pelajar menerusi ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Noramirah Bt Muhamad (tahun akhir PHD Ekonomi muamalat USIM), Encik Mohamed Hakim Bin Ahmad Shah (Lembaga Jurutera Malaysia) dan Encik Muhamad bin Hussin (Kaunselor SMK Pekan).

Tag: 2019 motivasi