PROGRAM HARI TAARUF TINGKATAN 1 SESI 2019

2 Januari 2019 menyaksikan SMAKT menerima 215 orang warga baru dengan kehadiran pelajar tingkatan 1 bagi sesi persekolahan sesi 2019. Sepertimana yang dilaksanakan pada setiap tahun, Program Hari Taaruf bagi pelajar Tingkatan 1 dilaksanakan pada hari pertama sesi persekolahan.

Program taaruf ini dipenuhi dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat antaranya amanat dari pihak pentadbiran, taklimat disiplin, kelas tahfiz, SPBT dan juga sesi taaruf bersama guru kelas. Selain daripada itu pelajar juga dilatih untuk menyanyikan lagu sekolah, lagu SMAN dan lagu Asmaul Husna.

Diharapkan program taaruf pada kali ini dapat memberikan serba sedikit gambaran kecemerlangan dan budaya positif di sekolah ini untuk terus diamalkan sepanjang mereka menjadi warga SMAKT.

Tag: 2019 Orientasi