HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2019
Para pelajar sedang tekun mendengar amanat dari Tuan pengetua di Dataran Al-Muttaqin sempena perhimpunan di hari pertama persekolahan bagi sesi 2019. Pihak sekolah juga mendoakan agar kejayaan dapat dicapai dengan lebih baik pada tahun ini dari sudut kurikulum mahupun ko-kurikulum. Sesi persekolahan telah bermula pada 2 Januari 2019 (Rabu) yang lalu.