PROGRAM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SPM 2018 PERHATI DAERAH TEMERLOH

SMAKT – Seramai 14 orang pelajar (PERHATI)  tingkatan 5 dari SMAKT telah selesai mengikuti Program Seminar Teknik Menjawab SPM 2018. Program dibawah anjuran PERHATI Daerah Temerloh ini telah diadakan pada 16 Oktober hingga 18 Oktober 2018 bertempat di Bukit Bendera Resort Mentakab. Seramai tiga orang guru iaitu Ustazah Zaidah bt Husin, Ustazah Suriyati bt Kaspan dan Ustazah Noraniza bt Dollah turut hadir mengiringi peserta ke program tersebut 

Objektif utama program ini adalah seperti berikut:
  1. Membantu peserta PERHATI meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran SPM.
  2. Meningkatkan peratus kelulusan peserta PERHATI dalam semua mata pelajaran SPM.
  3. Meningkatkan konsep kendiri dan motivasi peserta.
  4. Meningkatkan tahap keyakinan diri peserta untuk penguasaan dan skor dalam mata pelajaran SPM yang sukar atau pencapaian rendah.
  5. Membantu peserta PERHATI melanjutkan pelajaran ke pusat pendidikan lanjutan ke IPT, ILK, dan IPTS selepas SPM untuk capai KPI 70% pelajar PERHATI masuk IPT.

Tag: 2018 Program PERHATI