BENGKEL MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2018
SMAKT – Satu Bengkel Matematik Tambahan telah berjaya diadakan pada 31 Ogos 2018 (Jumaat) yang lalu. Bengkel ini adalah dibawah anjuran Panitia Matematik Tambahan. Seramai 62 orang pelajar dari tingkatan 5 Ibnu Sina dan Ibnu Rush telah menyertai bengkel tersebut. Semasa bengkel dijalankan mereka telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan mempunyai 2 sesi iaitu sesi pertama bermula jam 7.45 pagi hingga 9.45 pagi dan sesi kedua bermula jam 10.15 pagi hingga 12.15 tengahari.
Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar mengulangkaji mata pelajaran Matematik Tambahan dengan berkesan sebelum menduduki peperiksaan SPM serta dapat mendedahkan teknik memilih soalan dan menjawab soalan dengan betul supaya pelajar tidak membuang masa dan memperolehi markah penuh bagi setiap soalan yang dijawab.
Semoga apa yang diperolehi ketika bengkel ini akan dimanfaatkan sebaiknya. Insya Allah kejayaan akan mengiringi anda semua.
Berikut adalah maklumat lengkap penceramah bengkel tersebut:
Kumpulan 1 : Puan Zainab bt Alias | SMK Seri Tualang
Kumpulan 2 : Puan Haryusnita bt Othman | SMK Lanchang
Kumpulan 3 : Encik Mohd Fadzli bin Musa | SMK Kerdau