MAJLIS SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN USTAZAH ST RAHMAH BERSAMA PELAJAR SMAKT
SMAKT –17 Ogos 2018 (Jumaat) Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi telah berjaya diadakan di Dataran Al-Muttaqin bagi meraikan persaraan GPK HEM iaitu Ustazah ST Rahmah bt Hj Watak bersama warga SMAKT khususnya bersama para pelajar.
Majlis disambut dalam suasana yang begitu hening penuh dengan perasaan sayu dan hiba. Namun tidak dapat diungkap dengan kata-kata, hanya riak wajah yang terpapar tanpa bicara. Telah banyak jasa dan bakti yang dicurahkan oleh beliau demi kejayaan anak-anak pelajar disini.
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SMA Al-Attas pada tahun 1986 hingga tahun 1988. Kemudian ditugaskan pula di SMA Tg. Ampuan Fatimah Pekan dari tahun 1988 hingga tahun 2000. Namun pada tahun 2000 itu juga, beliau telah ditugaskan untuk memulakan perkhidmatan di SMAKT. Disini, beliau telah diamanahkan untuk menyandang jawatan sebagai guru jadual. Namun begitu, pada tahun 2011 beliau telah ditugaskan untuk menyandang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Elwal Murid (GPK HEM) di sekolah ini sehinggalah beliau bersara (2018).
Pada usia 60 tahun dengan berkhidmat selama 32 tahun, beliau telah meninggalkan kesibukan dunia pendidikan. Tentu sahaja akan merasakan satu kehilangan, kenangan indahlah yang akan menjadi peneman untuk menghadapi hari-hari berikutnya.
Beliau telah diraikan dalam satu majlis khas diarak ke Dataran Al-Muttaqin dengan menaiki beca yang telah dihias indah. Tidak diduga dan tidak disangka, gimik yang diatur tanpa pengetahuan benar-benar menjadi kejutan buat beliau. Kehadiran suami tercinta yang turut diarak dari luar pagar menaiki beca menuju ke Dataran begitu dramatis. Ini kerana di atas persetujuan suami beliau untuk sama-sama hadir bagi meraikan majlis persaraan isteri tercinta. Ucapan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Hanafi Bin Che Abdullah diatas kerjasama yang telah diberikan bagi melancarkan lagi perjalanan majlis ini.

Acara seterusnya ialah bacaan ayat suci Al-quran, ucapan dari ketua pelajar, persembahan nasyid, ucapan tuan pengetua, ucapan yang dirai dan bacaan biodata Ustazah ST Rahmah Bt Hj Watak. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan gimik pemotongan reben untuk membebaskan belon-belon ke udara sebagai simbolik di atas persaraan beliau. Selepas itu, acara menandatangani photobook yang ditempah khas sempena persaraan beliau pula menyusul.
Majlis ditutup dengan acara penyampaian cenderahati kepada yang dirai dan semua warga SMAKT dijemput untuk menjamu sarapan pagi yang diadakan di dewan Al-Abqori sekolah. Warga SMAKT amat berterima kasih kepada Ustazah St Rahmah bt Hj Watak untuk jasa yang telah disumbangkan kepada sekolah ini. Selamat bersara ustazah.
Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang amat redup,
Dunia persaraan Ustazah alami,
Moga tenang nikmati hidup,
Pahat papan serupa dulu,
Bawah kain daun cermai,
Rehatlah Ustazah di dunia baru,
Ukhuwah terjalin usah terurai,
Pandai terbilang putera perkasa,
Tengok puteri akar dicari,
Andai ada ruang dan masa,
Jenguklah kami bugarkan memori.